Sunday 3 February 2013
Sejarah Penubuhan Sekolah Seni Malaysia Kuching
Sekolah Seni Malaysia telah diwujudkan pada tahun 2007 di bawah
rancangan Malaysia ke-9. Setakat ini hanya ada dua buah Sekolah Seni di
Malaysia yakni Sekolah Seni Malaysia Kuching (SSMK) dan Sekolah Seni
Malaysia Johor (SSMJB). Dengan membawa misi ‘Pewaris Budaya Bangsa’,
kurikulum sekolah seni telah digubal untuk merealisasikan misi tersebut.
Sehingga ke hari ini, Sekolah Seni Malaysia Kuching telah beroperasi
dengan jayanya dan banyak kejayaan dalam bentuk kesenian telah
disumbangkan baik kepada sektor-sektor kerajaan maupun sektor swasta di
sekitar Bandaraya Kuching. Namun, pengetahuan masyarakat di luar
Bandaraya Kuching tentang kewujudan Sekolah Seni masih terhad. Apa yang
dapat dikatakan ialah,hanya segelintir sahaja masyarakat yang
‘mengenali’ dan ‘mengetahui’ tentang kewujudan Sekolah Seni walaupun
telah bertapak selama 6 tahun. Dengan demikian usaha memberi maklumat
dan pendedahan amatlah diperlukan untuk mempromosi Sekolah Seni Malaysia
Kuching.
Subscribe to:
Posts (Atom)